(BM) - STEM Kem Industri & Mentorship 2025

Kem Industri dan Mentorship Di UPSI Kembali?
Ini betul-betul, bukan cobaan!
TERHAD HANYA KEPADA 30 PESERTA!!!
APA ITU KEM INDUSTRI DAN MENTORSHIP?
Kem Industri dan Mentorship UPSI 2025 adalah sebuah program yang menghubungkan guru STEM dengan industri melalui pelbagai aktiviti pemerkasaan ilmu, pendedahan teknologi, dan kesedaran tentang peranan pendidikan teknologi dalam industri. Program ini juga memberi peluang kepada guru untuk meneroka kemudahan dan program di UPSI serta mendapatkan maklumat mengenai biasiswa dan bantuan kewangan daripada pihak industri.
Dengan kerjasama UPSI STEM Nurturing Center dan Creative Minds Education, program ini bertujuan untuk memperkasa guru STEM dengan ilmu dan teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).
APAKAH OBJEKTIF KEM INDUSTRI DAN MENTORSHIP?
1. Pemerkasaan Guru STEM
Melaksanakan aktiviti pemerkasaan ilmu bagi meningkatkan kemahiran guru STEM.
2. Pendedahan kepada Industri & UPSI
Memberikan pendedahan tentang program dan kemudahan berkaitan teknologi serta industri di UPSI.
3. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Memperkenalkan teknologi industri yang boleh digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran.
4. Maklumat Biasiswa & Bantuan Kewangan
Memberikan penerangan mengenai biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh pihak industri.
5. Kesedaran Pendidikan Teknologi dalam Industri
Mengadakan program kesedaran mengenai kepentingan pendidikan teknologi dalam industri masa kini.
INDUSTRI YANG TERLIBAT
TELEKOMUNIKASI | PETROLEUM | HEALTH CARE | PEMBINAAN |
APAKAH YANG SAYA AKAN DAPAT SEMASA PROGRAM INI?
- Pengenalan bersama pemain industri
- Makan minum sepanjang program
- Pengangkutan bas sepanjang program
- Penginapan Hotel UPSI 2 malam
- Latihan module STEM
- Aktiviti makmal di UPSI
- Merchandise
- T-Shirt
- Sijil penyertaan
- Sijil penyertaan
Tarikh : 29 - 31 Mei 2025
Lokasi : Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
BERAPA HARGA KOS PROGRAM?
Kos program ini hanya bernilai RM600 RM 479
Ini kerana pihak UPSI STEM Nurturing Center dan STEM.net.my telah membiayai 30% kos program ini
JADUAL PROGRAM
HARI 1 - 29 MAY 2025
HARI 2 - 30 MAY 2025

